Jersi Finland laris gara-gara Pukki - Utusan Malaysia

Jersi Finland laris gara-gara Pukki

FENOMENA 'Pukkimania' menyerap hingga ke skuad kebangsaan Finland di Euro 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyokong Norwich City yang sudah biasa dengan fenomena ‘Pukkimania’ meneruskan sokongan terhadap bintang penyerang mereka, Teemu Pukki yang beraksi buat Finland dalam Kejuaraan Eropah (Euro) 2020.

Menurut akhbar yang berpangkalan di Norwich, Eastern Daily Press, jersi Finland untuk keluaran Euro 2020 mendapat permintaan amat tinggi di United Kingdom (UK) dan hampir kehabisan stok.

Pemborong utama barangan sukan di UK, Sports Direct dan Nike juga sudah kehabisan bekalan, sementara JD Sports hanya memiliki jersi untuk kanak-kanak.

Jersi tersebut dijual pada harga 70 pound (RM406.57) sejak awal tahun ini, namun jualannya meningkat secara mendadak menjelang perlawanan Finland menentang Denmark, Ahad lalu.

Finland yang membuat penampilan sulung dalam Euro melakar kejutan dengan menewaskan bekas juara, Denmark 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B, sekali gus membuatkan pengeluar jersi mereka, Nike menjangkakan permintaan akan meningkat lagi.

Sedar dengan keterujaan penyokong Canaries yang mahu memberi sokongan kepada Pukki, 31, Norwich dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Finland menawarkan 10 peratus diskaun untuk jersi skuad kebangsaan yang diimport dari negara itu.

Finland akan bertemu Rusia dalam perlawanan kedua mereka esok, sebelum menentang pasukan No. 1 dunia, Belgium pada 22 Jun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya