Jerman berpeluh sebelum layak - Utusan Malaysia

Jerman berpeluh sebelum layak

PEMAIN tengah Jerman, Leon Goretzka (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika mereka berdepan Hungary dalam aksi terakhir Kumpulan F Euro 2020 di Arena Allianz, Munich, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Jaringan lewat Leon Goretzka sudah cukup untuk Jerman mara ke peringkat kalah mati selepas mengikat Hungary 2-2 dalam aksi terakhir Kumpulan F Euro 2020, sebentar tadi.

Dalam saingan di Arena Allianz itu menyaksikan juara dunia 2014 tersebut terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal Hungary menerusi Adam Szalai pada minit ke-11.

Penyerang sensasi Chelsea, Kai Havertz bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-66, namun Andras Schafer meletakkan semula Hungary di depan, dua minit berselang.

Pemain gantian, Goretzka yang dimasukkan pada minit ke-58 bagaimanapun meranapkan impian Hungary apabila bijak menyudahkan bola tampanan, enam minit sebelum tamat permainan.

Skuad Die Mannschaft, yang juga juara Eropah tiga kali, bakal membuat perhitungan dengan England pada peringkat 16 terakhir di Stadium Wembley, London, Selasa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya