SAINT PETERSBURG: Jaringan penalti Emil Forsberg pada separuh masa kedua memastikan kemenangan 1-0 Sweden ke atas Slovakia sekali gus membolehkan mereka berada di kedudukan teratas Kumpiulan E.
Sepakan penalti yang disempurnakan pada minit ke-77 itu meletakkan Slovakia di kedudukan kedua dengan baki satu perlawanan bagi aksi kumpulan.
Skuad kendalian Janne Andersson yang terikat seri tanpa jaringan dengan Sepanyol dalam aksi pembukaan dilihat mencerahkan laluan ke saingan kalah mati buat kali pertama sejak 2004.
“Sangat baik untuk kami meraih empat mata daripada dua perlawanan.
“Kami bermain tujuh perlawanan tahun ini dan hanya bolos satu gol. Penyerang kami layak menerima pujian, mereka beraksi dengan baik,” kata Andersson
Satu mata daripada perlawanan terakhir menentang Poland, Rabu hadapan akan mengesahkan tempat mereka ke pusingan kalah mati.
Dua lagi pasukan dalam kumpulan itu, Sepanyol dan Poland akan beraksi pada perlawanan kedua, esok.-AFP