Janji tinggal janji... - Utusan Malaysia

Janji tinggal janji…

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kasihan pula Poklip apabila mendengar keluhan seorang rakan media ini. Dia cukup bengang dengan perangai seorang pelakon wanita yang mungkir janji. Ha, kes janji ‘dicapati’ ke macam mana ini?

Kisahnya, rakan Poklip itu sudah berapa kali menghubungi pelakon itu untuk sesi fotografi. Yalah, nama dia pun beberapa kali singgah di carta artis kontroversi. Jadi mestilah ramai berebut untuk menemu bual dia kan.

Mula-mula pelakon itu setuju sahaja dengan permintaan rakan Poklip itu. Orang kata, sudah kenal lama. Sejak zaman belajar lagi. Tetapi, janji hanya tinggal janji. Beberapa kali dihubungi, si polan itu membisu.

Eh, kalau tak sudi ditemu bual, kenapa setuju kan? Pelik juga dengan perangai segelintir artis. Mula-mula cakap okay, lepas itu diam membisu. Suka mempermainkan perasaan orang lain tau!

Poklip faham sahaja jika ada artis yang lebih suka mendiamkan diri selepas mencipta kontroversi. Sudah puas dicaci dimaki di media sosial, mereka senang untuk kunci mulut. Tak mahu jawab apa-apa.

Tetapi bila kita tanya dalam ruangan pojok seperti ini, tahu pula hendak mengamuk. Pelik kan? Tak faham juga dengan perangai mereka ini. Buang masa sahaja layan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya