"Janganlah RM1..."- Hattan - Utusan Malaysia

“Janganlah RM1…”- Hattan

HATTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Hattan kurang bersetuju dengan tindakan beberapa penyanyi lama yang mengadakan konsert secara virtual di media sosial dengan harga ‘tiket’ bernilai RM1.

Bukan memperlekeh atau tidak bersetuju dengan usaha penyanyi-penyanyi tersebut menambah pendapatan, namun bagi Hattan, biarlah bayaran untuk menonton konsert itu berbaloi dan setaraf dengan nama serta kedudukan seseorang artis.

“Kalau nak buat konsert virtual sebagai sumber pendapatan itu tiada masalah. Tetapi meminta RM1 sahaja, saya kurang setuju. Saya juga yakin peminat takkan bagi hanya RM1 sahaja.

“Jadi apa salah teteapkan harga harga sekurang-kurang RM10 atau RM20 ke atas. Kita perlu jaga value dan nama sebagai seorang penyanyi. Janganlah RM1 sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, sekumpulan artis lama dan popular menganjurkan konsert harian secara virtual sebagai sumber mata pencarian mereka setelah terkesan dek pandemik yang belum ada hujungnya.

Pelbagai reaksi daripada peminat berhubung pengajuran konsert tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya