“Jangan toksik sangat.” Itu jawapan yang diberikan oleh Ayda Jebat apabila terdapat pihak yang mempertikaikan kemunculannya dalam iklan-iklan komersial.
Pengguna twitter dengan nama Primadonna Girl mempersoalkan kenapa asyik Ayda saja yang muncul dalam iklan di Malaysia.
“Naik menyampah pulak semua ad (iklan) mehsia (Malaysia) ni memang kena ada Ayda Jebat ke?” Demikian kata pengguna twitter tersebut.’
Namun balas Ayda, itu adalah rezekinya, mungkin rezeki orang lain lebih lagi daripadanya.
“Rezeki saya.. rezeki awak belum tahu lagi, mungkin lebih dari saya, awak je tak nampak. Relaks.. kalau tak suka skip je tau. Awak menyampah tapi orang lain dan client suka. Jangan toxic sangat,” kata Ayda.