KUALA LUMPUR: Cef terkemuka, Chef Wan menempelak segelintir peniaga yang mengaut keuntungan lebih namun servis atau produk mereka tikdak setanding harga yang perlu dibayar.
Jelas Chef Wan, peniaga seperti itu harus belajar daripada jenama-jenama popular lain yang mementingkan kualiti dan harga yang berpatutan dengan servis yang diberi.
“Yang mana tak pandai berniaga dan suka nak untung lebih tu. Belajar daripada mereka bagaimana mengembangkan perniagaan dan mendapat pelanggan juga setia.
“Jangan ingat nafsu dan ego kita sahaja betul!” kongsinya menerusi Instagramnya.
Chef Wan dalam perkongsian sama turut memuat naik video memaparkan jenama peralatan dapur dan restoran kegemarannya.