Jajaran baharu? Hanya andaian orang 'ditaja' - Pak Wan - Utusan Malaysia

Jajaran baharu? Hanya andaian orang ‘ditaja’ – Pak Wan

MOHD. Redzuan Md. Yusof (tengah) melihat proses suntikan vaksin di PPV CREaTE, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Jajaran baharu ataupun lama, ia hanya andaian daripada orang-orang tertentu yang ‘ditaja’ bagi menimbulkan persepsi yang tidak menguntungkan negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof menasihatkan semua ahli politik sama ada yang memegang jawatan dalam kerajaan atau tidak, supaya mengambil pendekatan membantu kerajaan menguruskan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pembangunan semula ekonomi negara dan menyejahterakan kehidupan rakyat memerlukan kerjasama semua pihak.

“Kalau boleh jangan bercerita tentang politik masa ini. Saya faham nafsu masing-masing untuk jadi pemimpin, jika ada desakan-desakan, sila tahan dulu.

“Dalam keadaan begini, saya menyeru kepada semua pihak bertenang dan bersabar untuk bersama-sama kerajaan merencana menangani Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) di sini hari ini.

Khabar angin pembentukan jajaran baharu kembali kedengaran apabila sesi pembukaan Parlimen bakal menjadi medan kepada kesemua parti politik termasuk UMNO, yang memungkinkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memutuskan jajaran politik baharu bersama PKR atau DAP.

Ahmad Zahid turut menyatakan pendirian tegas parti dan mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja serta memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Sementara itu, mengenai pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Mohd. Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) berkata, setakat ini tiada keperluan mendesak untuk menambah pusat berkenaan.

Menurutnya, pihaknya sentiasa membuat semakan dari semasa ke semasa dan terdapat kumpulan pegawai telah dihantar ke Sabah, Sarawak dan Pantai Timur untuk mengesahkan data, sama ada perlu penambahan atau tidak.

“Kerajaan sentiasa di peringkat bersiap siaga dalam menghadapi segala kemungkinan terhadap ancaman Covid-19. Kalau ada keperluan untuk dibuka kita akan ambil langkah sewajarnya dengan segera,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya