PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, menyifatkan segelintir warganet yang mempersoalkan mengenai usahanya membantu golongan terkesan pada waktu ini adalah dugaan buat dirinya.
Menerusi perkongsian di Instastory Elly, dia tidak mengambil peduli mengenai kata-kata atau pandangan negatif segelintir warganet terhadap inisatifnya dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan.
“Walaupun ada yang kata Kak Lina acah-acah nak tunjuk baik, tidak mengapa. Itu dugaan buat Kak Lina, terpulang apa yang orang nak cakap kepada saya.
“Kak Lina tetap usaha membantu, walaupun tidak seberapa pertolongan ini. Tetapi, rasa puas dan bahagia,” katanya.
Sebelum ini, menerusi entri Instagram, Elly Mazlein mengambil inisatif membantu yang memerlukan bantuan kepada mereka yang terkesan semasa pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) penuh.
Kemudian, dia turut meminta kepada warganet yang menonton rakaman video perkongsiannya itu supaya mewar-warkan usaha murninya tersebut agar dapat menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terkesan.