Itali masih ada ruang, pesiap pemian muda - Mancini

Itali masih ada ruang, persiap pemain muda

PEMAIN Itali bergandingan menuju ke arah peminat selepas menewaskan Switzerland 3-0 semalam. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Pasukan Itali mengakui masih ada ruang perlu diperbaiki termasuklah mempersiapkan pemain mudanya walaupun mereka sudah pun menempah tiket di peringkat kalah mati selepas menewaskan Switzerland 3-0 semalam.

Itali dilihat memiliki pemain muda yang belum pernah bermain di kejohanan Eropah walaupun di peringkat kelab justeru masalah itu membimbangkan skuad Azzurri untuk terus mara ke peringkat seterusnya.

Malah, mereka juga bimbang jika tewas dengan Wales dalam saingan akhir Kumpulan A pada Ahad ini.

“Ada ruang untuk diperbaiki, kami ada beberapa pemain muda yang tidak pernah bermain di kejohanan Eropah, jadi mereka mempunyai jurang besar untuk dirapatkan bagi membantu pasukan menghadapi kejohanan kali ini,” kata pengendali Azzurri, Roberto Mancini.

Tambahnya, beliau bimbang jika jurang itu tidak diperbaiki akan menyebabkan pasukannya kalah dengan Wales.

Akibatnya, Itali akan menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A yang mana memberi kelebihan 4 mata kepada negara Wales.

Malah, Mancini turut me­nga­kui pasukannya bukanlah pilihan dan tumpuan dalam Euro 2020 jika dibandingkan dengan nama gergasi seperti Perancis, Portugal dan Belgium.

Tetapi beliau optimis untuk bersaing dengan pasukan tersebut dengan menganggap kejutan boleh berlaku ketika berada di padang.

“Portugal adalah juara Euro yang lepas, Perancis merupakan juara Piala Dunia 2018 sementara Belgium pula menduduki tangga pertama dalam ranking dunia di atas Perancis.

“Mereka adalah pasukan yang dibina selama bertahun-tahun dan lebih jauh dari kami dalam pembangunan. Tetapi apa pun boleh terjadi dalam arena ini,” ujarnya.

Bagaimanapun Mancini dilihat mempunyai strategi untuk memastikan kemampuannya berada pada tahap optimum walaupun kapten, Giorgio Chiellini cedera dalam babak pertama perlawanan semalam.

“Kami akan memantau keada­an pemain, memang susah, permainan pun sukar sampaikan ada pemain yang keletihan di akhir perlawanan. Kami akan meneliti dalam beberapa hari ini kemudian baharu buat keputusan,” jelasnya.

Terdahulu, Itali memenangi dua perlawanan pertama dalam peringkat Kumpulan A sebelum secara rasmi layak ke pusingan kalah mati apabila menewaskan Switzerland di Stadium Olimpico dan Turki dalam aksi pembukaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya