Isu pemakaian pelitup muka: Pekerja pasaraya mati ditembak - Utusan Malaysia

Isu pemakaian pelitup muka: Pekerja pasaraya mati ditembak

KEJADIAN berlaku di Pasaraya Big Bear di Georgia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Gara-gara bertikam lidah mengenai pemakaian pelitup muka, seorang juruwang yang bekerja di sebuah pasaraya ditembak mati oleh seorang pelanggan.

Lapor Mirror, polis berkata, kejadian itu berlaku di Pasaraya Big Bear di Georgia kira-kira pukul 2 petang tadi.

Dilaporkan, pelanggan lelaki itu turut mengalami kecederaan akibat ditembak oleh pengawal keselamatan di pasaraya terbabit selepas dia melepaskan tembakan ke arah juruwang berkenaan.

Lelaki bersenjata itu ditembak beberapa kali di hadapan pelanggan lain di pasaraya tersebut.

Pasukan polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan menahan pelanggan cedera itu yang cuba melarikan diri dari pasaraya tersebut.

Jelas polis, pelanggan itu dikenali sebagai Victor Lee Tucker yang berusia 33 tahun.

“Ia mengenai pelitup muka, saya tidak pasti sama ada mereka memakainya atau tidak.

“Setiap orang mempunyai pandangan sendiri mengenai pemakaian pelitup muka dan isu ini amat sensitif,” kata Sherif DeKalb County, Melody Maddox dalam satu sidang akhbar.

Tambah polis, juruwang itu dibawa ke Hospital Grady Memorial namun diisytiharkan meninggal dunia.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mendedahkan identiti mangsa mahupun mengesahkan punca sebenar insiden tembakan berlaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya