Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan hari ini - Utusan Malaysia

Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan hari ini

YANG Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Kedua-dua pemimpin itu akan menghadap Seri Paduka sekitar pukul 11 pagi ini.

Rais sebelum ini berkata: “Ya kami dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 29 Jun. Saya fikir sesi ini menjurus kepada hal ehwal sidang Parlimen”.

Sesi menghadap pagi ini susulan kehadiran beberapa pemimpin utama parti politik ke Istana Negara bagi menyembah menghadap Seri Paduka berhubung situasi semasa negara, baru-baru ini.

Susulan selesai Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu, Seri Paduka menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah Seri Paduka, Parlimen yang berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya