Indonesia pantau kes import Covid-19 dari Malaysia - Utusan Malaysia

Indonesia pantau kes import Covid-19 dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia kini memantau ketat beberapa wilayah yang merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19, termasuk Kepulauan Riau dan Kalimantan Utara yang mencatatkan kes import dari Malaysia.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, kerajaan tidak hanya memantau kes Covid-19 di peringkat kebangsaan, tetapi turut mengambil kira peningkatan kes di peringkat wilayah dan bandar.

Beliau menjelaskan, kesemua 34 wilayah dikategorikan kepada empat bahagian dengan tahap satu paling selamat dan empat tahap jangkitan paling tinggi.

“Ketika ini, kami memantau wilayah yang berada pada tahap tiga iaitu Riau, Kepulauan Riau dan Kepulauan Bangka belitung.

“Kepulauan Riau mencatatkan peningkatan kes yang tinggi kerana banyak pekerja Indonesia pulang dari Malaysia dan begitu juga di Kalimantan Utara,” katanya.

Budi memberitahu, kebanyakan kes jangkitan di Kepulauan Riau adalah berpunca dari kes import. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya