Imuniti kelompok dicapai akhir tahun ini - Utusan Malaysia

Imuniti kelompok dicapai akhir tahun ini

MUHYIDDIN YAssin mengadakan lawatan di kawasan perindustrian di Ampang bagi menyaksikan permulaan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan berkeyakinan usaha membentuk imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat boleh dicapai menjelang akhir tahun ini.

Perdana Menteri berkata, usaha itu disegerakan lagi melalui pelaksanaan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang antara lain bertujuan membantu mempercepat vaksinasi kepada golongan pekerja khususnya sektor pembuatan dan perkilangan.

Beliau berkata, pelaksanaan secara serentak PIKAS di Selangor, Pulau Pinang dan Johor memberi tumpuan kepada subsektor pembuatan kritikal merupakan antara langkah kawalan wabak di tempat kerja.

“PIKAS merupakan inisiatif yang amat penting dalam usaha melindungi pekerja daripada risiko jangkitan Covid-19 kerana keselamatan mereka dapat memastikan ekonomi negara kembali rancak dan terus berdaya tahan.

“Saya harap inisiatif yang digerakkan ini juga mampu mengurangkan kadar jangkitan virus ini dalam kalangan pekerja yang sehingga kini masih menjadi antara penyumbang tertinggi kes positif harian Covid-19 di dalam negara,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan lawatan di kawasan perindustrian di Ampang bagi menyaksikan permulaan PIKAS yang turut dihadiri Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Muhyiddin berkata, kerjasama daripada semua majikan juga amat dituntut dalam menjayakan program PIKAS sekali gus membantu menentukan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan semalam dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Pada masa sama, beliau turut berbangga jumlah pemberian dos harian vaksin PICK terus menunjukkan peningkatan dengan 215,876 dos diberi kepada penerima semalam sekali gus mencatatkan rekod tertinggi sejak program tersebut dimulakan pada 24 Februari lalu.

Beliau menjelaskan, catatan rekod tertinggi kadar pemberian vaksin harian itu adalah hasil kerjasama yang diberikan seluruh lapisan masyarakat yang layak menerima vaksin.

“Ia juga adalah kerja keras serta komitmen petugas kesihatan, sukarelawan dan anggota barisan hadapan lain yang terlibat secara langsung dalam program ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya