Ibu harap keajaiban penyakit hydrocephalus anak sembuh

Ibu harap keajaiban penyakit anak sembuh

SUHAINI Mohd. Yusof memegang tangan Nur Arissa Mohamed Idris yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak ketika ditemui di HRPB, Ipoh, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Seorang wanita tetap berharap bayinya yang menderita penyakit lebihan cecair dalam otak dapat membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain.

Suhaini Mohd. Yusof, 37, berkata, walaupun doktor me­ngesahkan bayinya yang berusia 13 bulan, Nur Arissa Mohamed Idris, tiada harapan untuk pulih, dia tetap berharap dan berdoa agar penyakit anaknya itu sembuh.

Penyakit lebihan cecair da­lam otak atau hydrocephalus dan Gram Cell Tumor atau ketumbuhan dalam kepala itu menyebabkan kepala bayi itu membesar sehingga 85 sentimeter.

Ukuran kepala bayi itu semakin membesar dan kini hanya terlantar. Bayi itu hanya mampu melakukan sedikit pergerakan pada bahagian tangan dan kaki ketika berasa sakit, tidak selesa atau mahu minum susu.

Suhaini berkata, doktor mem­beritahu hayat anaknya itu su­dah tidak lama dan disahkan sebagai pesakit paliatif.

“Saya dan suami cukup pilu melihat keadaan anak kami namun bersedia menerima apa saja risiko yang diberitahu doktor. Begitu pun kami tetap berharap ada sinar buat Nur Arissa agar dia membesar seperti bayi normal yang lain.

“Buat kami, tiada istilah putus asa untuk terus berharap keajaiban dan sentiasa berdoa kepada Allah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Suhaini, doktor memberitahu bayinya yang berat badan 15 kilogram itu hanya mampu bertahan selama setahun lagi.

“Namun saya bersyukur ke­rana Arissa menunjukkan per­kembangan yang baik dari sehari ke sehari. Selagi ada kudrat, kami akan terus menjaganya,” katanya.

Katanya, ketika mengandung­kan anaknya itu, dia menghidap penyakit darah tinggi dan ken­cing manis.

“Pada mulanya saya tidak dapat menerima kenyataan kerana yakin akan melahirkan bayi yang normal, kini saya reda dengan keadaan anak saya,” katanya.

Nur Arissa kini di bawah ra­watan susulan pasukan paliatif Jabatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Pasangan itu memerlukan bantuan dari segi keperluan ha­rian bayi mereka khususnya lam­pin pakai buang dan susu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Mohamed Idris Ibrahim 12210067041529 CIMB Bank. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya