Ibu, bayi terselamat ambulans terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Ibu, bayi terselamat ambulans terlibat kemalangan

DUA wanita menerima rawatan selepas  ambulans yang mereka naiki terlibat dengan kemalangan dengan kereta Proton Persona di Perdana Hi-Tech, Kulim, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Dua wanita bersama bayi mereka dan tiga kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) terselamat selepas ambulans dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di  Kulim Perdana Hi-Tech di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.53 pagi itu, ambulans terbabit dalam perjalanan ke Hospital Kulim dari arah Jalan Mahang-Kulim, di sini bertembung  di simpang empat lampu isyarat dengan kereta jenis Proton Persona yang datang dari arah Jalan Kulim Perdana.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hitech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Yusri Yussof berkata, dua bayi lelaki berusia anggaran seminggu dan 15 hari tidak mengalami kecederaan manakala ibu mereka berusia 32 dan 24 tahun mengalami cedera ringan.

Menurutnya, tiga kakitangan KKM iaitu pemandu ambulans dan dua jururawat  juga mengalami kecederaan ringan.

Katanya, turut cedera ringan ialah seorang wanita berusia 50 tahun pemandu Proton Persona.

“Kita menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 10.53 pagi dan anggota dari BBP Kulim Hi Tech tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Terdapat tujuh orang dalam ambulans iaitu dua bayi lelaki bersama ibunya serta tiga kakitangan KKM yang dalam perjalanan dari Klinik Kesihatan Padang Serai ke Hospital Kulim,” katanya di sini, hari ini.

Mohd. Yusri berkata, kereta Proton Persona dipandu seorang wanita itu pula dipercayai dari arah Jalan Kulim Perdana.

Tambahnya, semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu di hantar ke Hospital Kulim untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya