Ibadah korban dibenarkan di Selangor dengan SOP diperketatkan - Utusan Malaysia

Ibadah korban dibenarkan di Selangor dengan SOP diperketatkan

MOHD. ZAWAWI AHMAD MUGHNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ibadah korban dibenarkan di negeri ini tetapi dengan syarat-syarat dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengekang pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd.Zawawi Ahmad Mughni berkata, selain syarat-syarat menurut syariat Islam, pihak yang ingin melaksanakan ibadah korban perlu mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Jawatankuasa masjid dan pihak-pihak lain yang akan melaksanakan ibadah korban hendaklah menyediakan representasi asas yang diperlukan oleh garis panduan ini (yang ditetapkan oleh JAIS), undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh agensi-agensi lain yang berkaitan.

“Jawatankuasa masjid tidak dibenarkan melaksanakan ibadah korban melainkan setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pejabat Agama Islam Daerah dengan mengemukakan Kertas Pelaksanaan Ibadah Korban yang mengandungi maklumat yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban Tahun 1442H/ 2021.

Mohd. Zawawi berkata, ibadah korban boleh dilakukan di lokasi yang dibenarkan seperti di Rumah Sembelih Veterinar, Rumah Sembelih Swasta Berdaftar Jabatan Veterinar, ladang atau kandang ternak dan masjid yang diluluskan oleh jabatan tersebut.

Katanya, bilangan haiwan yang dibenarkan untuk disembelih dan juga jumlah petugas turut terkandung dalam garis panduan yang dikeluarkan.

Beliau berkata, kaedah pemilihan haiwan yang hendak dikorbankan, kaedah pengagihan dan pembersihan kawasan penyembelihan turut ditetapkan di dalam garis panduan tersebut.

“Pihak Jawatankuasa dan operator rumah sembelihan perlu mematuhi peraturan, yang ditetapkan bagi memastikan ibadah korban dapat dijalankan mengikut SOP dan segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya