JAKARTA: Badan Pemeriksa Kewangan (BPK) Indonesia menyatakan nisbah hutang terhadap pendapatan negara telah mencapai 369 peratus.
Menurut laporan CNN Indonesia, angka itu jauh melebihi saranan pelepasan hutang antarabangsa (IDR) sekitar 92 hingga 176 peratus selain rekomendasi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu 90 hingga 150 peratus.
BPK melahirkan kebimbangan situasi itu akan menyukarkan kerajaan untuk melunaskan hutang negara.
Menurut BPK, masalah utama adalah tren kenaikan hutang dan kos faedah telah melebihi keluaran dalam negara kasar (KDNK).
“Ini menimbulkan kebimbangan mengenai penurunan kemampuan pemerintah untuk membayar (hutang),” tulis BPK dalam ringkasan eksekutif.