Hujan lebat dua jam, Kampung Petaseh Hulu dinaiki air - Utusan Malaysia

Hujan lebat dua jam, Kampung Petaseh Hulu dinaiki air

KEADAAN Kampung Petaseh Hulu, Jelebu yang dinaiki air susulan hujan lebat selama dua jam petang ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Hujan lebat selama dua jam menyebabkan Kampung Petaseh Hulu, dekat sini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat bermula pukul 2.04 petang inii.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Simpang Pertang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairul Izzuan Othman berkata, pihaknya pada mulanya menerima panggilan kecemasan berikutan terdapat kes pokok tumbang di kampung berkenaan.

“Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian, kami mendapati hujan lebat dan air mula naik di kawasan Kampung Petaseh Hulu. Dua buah rumah di kampung ini didapati terjejas.

“Di Kampung Petaseh Hilir pula air naik namun tiada rumah terjejas disebabkan kebanyakan rumah terletak di atas bukit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 

Menurutnya, seramai 13 anggota bomba terlibat dalam operasi pemantauan banjir di kampung berkenaan. 

“Tiada mangsa yang terlibat, banjir kilat ini disebabkan hujan lebat dan air melimpah ke jalan utama sahaja dan kami memberhentikan operasi pada pukul 5 petang tadi,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya