Hospital swasta bantu percepat vaksinasi - Utusan Malaysia

Hospital swasta bantu percepat vaksinasi

ARSAD Mohd. Baki ketika menerima vaksin Covid-19 di Hospital Pakar KPJ Ipoh. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hospital Pakar KPJ Ipoh di sini yang dipilih sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mampu membantu kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi untuk rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yusmah Salleh berkata, hospital berkenaan yang mula memberikan suntikan vaksin hari ini mampu menampung 200 penerima dalam sehari.

Katanya, hospital itu menyediakan vaksin Sinovac dan pada hari pertama operasinya hari ini, seramai 50 penerima dos pertama divaksinasi, khususnya golongan warga emas dan penghidap sakit kronik.

“Pemberian vaksin di pusat perubatan swasta ini adalah percuma kerana segala pematuhan dan prosedurnya tertakluk di bawah Kementerian Kesihatan.

“PPV di hospital ini dapat merealisasikan usaha kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi untuk rakyat khususnya imuniti kelompok,” katanya di sini.

Pihaknya sentiasa menyokong usaha kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat dan petugas barisan hadapan dalam memastikan masyarakat selamat dan divaksinasi.

Katanya, pihaknya bekerjasama dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi membantu dari segi memberi perkhidmatan kepada pesakit yang bukan Covid-19 termasuk mereka yang menerima rawatan radioterapi, jantung dan pengesanan kanser di peringkat awal.

Sementara itu, seorang penerima vaksin, Arsad Mohd. Baki, 68, berkata, dia bangga dan lega kerana sudah divaksinasi.

“Setakat ini saya tidak mengalami apa-apa kesan sampingan, saya berharap masyarakat bersama-sama menjayakan vaksinasi untuk semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya