Hospital Gleneagles beroperasi sebagai PPV mulai esok - Utusan Malaysia

Hospital Gleneagles beroperasi sebagai PPV mulai esok

HOSPITAL Gleneagles Kota Kinabalu akan beroperasi sebagai pusat pemberian vaksin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hospital Gleneagles di sini akan menjadi hospital swasta pertama yang membuka pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Sabah.

Hospital Gleneagles antara 20 hospital dan klinik swasta yang disenaraikan sebagai PPV bagi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Dr. Tan Bee Hwai berkata, bermula esok mereka boleh menyediakan vaksin Covid-19 untuk 500 individu dalam tempoh seminggu.

“Kami gembira kerana dapat membantu Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan program pemberian vaksin Covid-19 kepada orang ramai.

“Pihak kami begitu komited untuk mengerahkan semua sumber yang ada dalam usaha melaksanakan pemberian vaksin secara besar-besaran demi melindungi kesihatan serta keselamatan komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, PPV Hospital Gleneagles Kota Kinabalu beroperasi pada setiap Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Janji temu bagi pemberian vaksin di hospital berkenaan juga ditentukan melalui aplikasi MySejahtera.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai vaksinasi di hospital berkenaan boleh menghubungi talian 088-518888 atau WhatsApp di talian 012-9239442 ketika waktu pejabat atau melalui emel [email protected].

Sebelum ini, kerajaan Sabah memaklumkan sebanyak 20 klinik swasta akan dijadikan PPV bagi meningkatkan bilangan fasiliti untuk mempercepatkan pelaksanaan PICK di negeri ini.

Ketika ini sebanyak 24 hospital kerajaan, 28 klinik kerajaan dan 24 bangunan kerajaan digunakan sebagai PPV.

Sehingga semalam, seramai 85,200 individu telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin bagi fasa pertama dan kedua di Sabah.

Setakat 4 Jun, seramai 575,326 individu di Sabah sudah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya