Harimau Malaya tewas kerana tiada perancangan, kesilapan individu - Utusan Malaysia

Harimau Malaya tewas kerana tiada perancangan, kesilapan individu

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui kekalahan 0-4 Harimau Malaya ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) akibat tiada perancangan permainan baik dan terlalu banyak kesilapan individu dilakukan pemain.

Bagaimanapun, Tunku Mahkota Johor bertitah, peminat perlu melihat kekalahan itu secara realistik kerana tahap kemampuan berbeza antara kedua-dua negara.

“UAE bukan lawan yang mudah, jangan lupa ‘ranking’ mereka 73 di dunia, kita 153, jadi kita kena realistik dan sedar,” tulisnya ketika menjawab soalan daripada pengikut laman sosial Instagram miliknya di HRH Crown Prince of Johor semalam.

Pada masa sama, Tunku Ismail turut mengakui pemain naturalisasi baharu Harimau Malaya yang juga merupakan pemain JDT iaitu Guilherme de Paula tidak mempamerkan prestasi baik dalam perlawanan tersebut.

“Semalam not good, masa friendly dia score. Semua pemain ada good day and bad day.

“Mereka manusia biasa, tetapi mereka harus bekerja keras dan improve, be more consistent,” ujar Tunku Ismail.

Sementara itu, baginda turut menyatakan keyakinan bahawa skuad Harimau Malaya masih mempunyai peluang dalam baki dua perlawanan menentang Thailand dan Vietnam.

“Perlawanan selepas ini lebih mudah kalau nak dibandingkan dengan perlawanan semalam (UAE). Perlawanan dengan Thailand dan Vietnam tidak mudah tetapi kita ada peluang untuk fight,” katanya.

Sementara itu, Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut memaklumkan tidak berminat untuk kembali mengemudi badan induk bola sepak negara itu walaupun mungkin terdapat permintaan dalam kalangan peminat sukan itu.

Tunku Ismail bertitah, skuad kebangsaan ketika ini bukanlah pasukan terburuk yang pernah ditampilkan dalam menghadapi saingan bola sepak antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya