Hampir terjun jambatan Pulau Pinang, kini kibar bendera putih - Utusan Malaysia

Hampir terjun jambatan Pulau Pinang, kini kibar bendera putih

TANGKAP layar hantaran dalam Facebook Steven Sim Chee menunjukkan gambar beberapa rumah yang menaikkan bendera putih tanda memerlukan bantuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menerusi laman sosial Facebooknya hari ini berkongsi situasi seorang penduduk  yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19 sehingga terdetik membunuh diri.

Menurutnya, penduduk terbabit sudah berputus asa kerana tidak mampu lagi bertahan dan tidak mendapat bantuan yang diperlukan.

Beliau berkata, usaha akhir penduduk berkenaan kini hanya mampu mengibarkan bendera putih di depan rumah bagi memohon bantuan daripada mana-mana pihak.

“Dalam sebak, dia bagitahu saya dia sebenarnya telah buat keputusan nak pergi ke jambatan Pulau Pinang untuk menamatkan nyawanya,” katanya.

Steven berkata, penduduk berkenaan mendakwa sudah letih minta tolong merata tempat tetapi tiada yang datang menolong.

Beliau turut berkongsi gambar menunjukkan beberapa rumah yang menaikkan bendera putih tanda memerlukan bantuan.

Sejak kelmarin, tular dalam media sosial kempen yang menyeru menaikkan bendera putih di rumah masing-masing bagi sesiapa yang memerlukan bantuan terutama dari segi barang keperluan.

Antara seruan kempen itu adalah mengingatkan mereka yang terkesan agar tidak perlu merayu atau berasa malu untuk memohon bantuan dan tidak mengambil tindakan yang merugikan diri dan orang tersayang.

Kempen itu mendapat sambutan warga netizen yang menganggap ia usaha yang baik bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19, selain dapat mengelakkan kes bunuh diri terus meningkat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN