PETALING JAYA: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menyaksikan sebanyak 5,815,575 dos pertama dan kedua vaksin sudah diberikan setakat ini.
Dalam statistik yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), jumlah itu terdiri daripada 4,202,601 individu yang menerima dos pertama manakala 1,612,974 lagi individu melengkapkan dos kedua.
Dari segi bilangan penerima mengikut negeri, terdapat lima negeri mencatatkan penerima vaksin tertinggi iaitu Selangor dengan 208,031 diikuti Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,200) dan Kuala Lumpur (141,094).
Ini dibantu dengan bilangan vaksinasi harian iaitu sebanyak 140,573 dos yang dicatatkan semalam, meliputi 116,514 penerima suntikan pertama dan 24,059 lagi untuk dos kedua.
Setakat ini juga, sebanyak 15,426,982 juta rakyat sudah melengkapkan pendaftaran untuk divaksinasi. – UTUSAN ONLINE