Haji: Pengesahan secara berperingkat melalui pesanan teks - Utusan Malaysia

Haji: Pengesahan secara berperingkat melalui pesanan teks

HANYA 60,000 jemaah dibenarkan tunai haji pada tahun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan mula menghantar pesanan teks kepada jemaah berdaftar yang berusia 41 dan 50 tahun bagi mendapatkan permit haji.

Jumlah keseluruhan jemaah yang mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun ini adalah seramai 558,270 dengan golongan berusia 41 hingga 50 menyumbang 20 peratus jumlah permohonan yang diluluskan.

Lapor Arab News, pemilihan secara elektronik itu akan terbatal sekiranya para jemaah gagal melengkapkan prosedur dalam tempoh yang diberikan kepada setiap kumpulan.

Prosedur itu akan diteruskan secara berperingkat kepada kategori jemaah lain, termasuk yang berusia atas 18 tahun.

Jumaat lalu, kementerian sudah pun memilih calon jemaah bagi golongan berusia 51 dan 65 tahun.

Jemaah dalam golongan itu diminta memilih pakej haji yang mereka ingini, meneliti semua terma dan syarat yang ditetapkan dan membuat bayaran dalam tempoh 10 jam sebelum permit haji dikeluarkan.

Selain itu, kementerian menasihatkan supaya setiap bakal jemaah meneliti pakej yang mereka ingini supaya semua peraturan dan syarat yang ditetapkan dapat dipatuhi.

Tegas kementerian, perkara itu penting bagi memastikan ibadah haji berjalan lancar pada tahun ini, selain dapat mencegah penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah.

Sementara itu, jika ada jemaah yang disahkan positif Covid-19, mereka layak untuk menerima pulangan bayaran penuh kecuali caj perbankan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya