Hadi Awang terima rawatan di IJN - Utusan Malaysia

Hadi Awang terima rawatan di IJN

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara hari ini.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan stabil dan masih memerlukan rawatan susulan serta pemantauan doktor.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang meminta orang ramai supaya mendoakan kesembuhan segera kepada bapanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

“Mohon doa dan solat hajat khusus kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera. Beliau kini berada di IJN dalam keadaan yang stabil namun masih perlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau menafikan sebarang berita mengenai Abdul Hadi yang tular dalam media sosial dan mendakwa terdapat beberapa yang sengaja ditokok tambah.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah. Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari semasa ke semasa. Terima kasih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya