Gigitan 'manja' Rudiger curi tumpuan - Utusan Malaysia

Gigitan ‘manja’ Rudiger curi tumpuan

INSIDEN di antara Antonio Rudiger (belakang) dan Paul Pogba.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

MUNICH: Paul Pogba memainkan peranan penting ketika membantu Perancis mengalahkan Jerman 1-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, Euro 2020 malam tadi.

Bagaimanapun pertahanan Jerman, Antonio Rudiger yang lebih mencuri tumpuan pada perlawanan itu selepas dirakam menggigit belakang Pogba ketika aksi babak pertama.

Kedua-dua pemain sedang menunggu bola lontaran ke dalam dilakukan ketika Rudiger tiba-tiba merapatkan kepalanya di belakang badan Pogba dan memeluk pemain tengan Manchester United itu.

Pogba kemudian kelihatan menahan sakit dan mengadu kepada penjaga garisan tetapi meneruskan permainan tidak lama kemudian ketika Rudiger langsung tidak berkata apa-apa.

Tindakan ‘manja’ Rudiger itu dilakukan tidak lama selepas gol sendiri Mats Hummels pada minit ke-20 membolehkan Perancis mendahului 1-0.

PAUL Pogba (kanan) mengadu kepada pegawai perlawanan sebelum meneruskan permainan.

Bagaimanapun, insiden itu berlaku terlalu jauh dari video bantuan pengadil (VAR) dan pengadil, Carlos del Cerro tidak dapat mengesan apa yang terjadi.

Rudiger memakai pelindung muka dalam perlawanan tersebut ekoran kecederaan yang dialami ketika beraksi buat Chelsea dalam separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, April lalu.

Legenda bola sepak Manchester United dan Ireland, Roy Keane yang juga pengulas ITV, Roy Keane menyifatkan situasi itu lebih kepada ‘gigitan manja’ dan bukan dengan niat mencederakan.

“Ia macam gigitan ‘kita kawan’. Ia bukan perkara besar.

“Saya rasa, anda boleh nampak dengan jelas rakaman TV. Saya tidak akan meminta pengadil memberi kad kuning atau merah untuk tindakan seperti ini. Dia cuma menggigit ‘manja’,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya