Gara-gara menolak bakul sayur, bergaduh di pasar borong  - Utusan Malaysia

Gara-gara menolak bakul sayur, bergaduh di pasar borong 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu siasatan dijalankan berhubung kes pergaduhan di Pasar Borong Kuala Lumpur, semalam yang dilaporkan berlaku angkara perselisihan faham.

Tiga video membabitkan pergaduhan itu tular dalam laman sosial Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang menjerit-jerit dan tolak-menolak antara satu sama lain.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, punca perselisihan faham itu berlaku hanya kerana menolak bakul sayur.

“Hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku pukul 4.30 petang semalam dan puncanya adalah disebabkan perselisihan faham antara kedua pihak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata Eng Lai, polis tiba di tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat mengenai pergaduhan itu.

“Bagaimanapun sewaktu polis tiba di tempat kejadian, didapati pergaduhan itu selesai.

“Polis juga mendapati tiada sebarang senjata digunakan dalam pergaduhan itu,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu gaduh gempar di tempat awam dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Individu yang terbabit sudah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihati supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan perkara yang boleh mengganggu keamanan dan ketenteraman awam,” katanya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya