Ganjaran berbuat baik - Utusan Malaysia

Ganjaran berbuat baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH masuk enam hari kita ‘berkurung’ di rumah. Sudah jemu tak tahu hendak buat apa? 

Hah, jom saya ceritakan sebuah kisah indah yang mengajar erti saling berkasih sayang antara kita masyarakat majmuk di negara ini.

Cerita ini tak semua orang tahu, segelintir kami yang ada dalam kalangan dunia e-hailing saja yang tahu.

Perkongsian dibuat oleh seorang pelanggan Grab menerusi satu hantaran Facebook dan dikongsi ke dalam Facebook rasmi Rakan Grab.

Ia sebuah cerita manis tentang keikhlasan seorang penghantar makanan bernama Azrul, yang berlaku bulan lepas.

Pelanggan Grab Food ini yang saya gelarkan sebagai Puan V yang berketurunan India ini bercerita menerusi  Facebooknya yang dia membuat tempahan makan malam dari Restoran Madam Kwan’s ke pejabatnya di Cheras.

Namun Puan V pulang ke rumahnya di Puchong dan terlupa menukar destinasi penghantaran. 

Menyedari kesilapan sendiri, dia kemudiannya menelefon Azrul dan meminta pemuda itu menikmati saja makanan tersebut.

“Namun Azrul memberitahu saya yang dia rasa kasihan mengenangkan yang saya tiada makanan malam itu. Dia mahu menghantarnya ke rumah saya di Puchong tanpa sebarang caj.

“Belum pernah lagi saya jumpa penghantar makanan yang sangat bertimbang rasa dan ikhlas seperti ini. Memang saya terharu sangat.

“Bila dia sampai ke rumah saya, saya hadiahkan dia RM100 dalam satu sampul sebagai membalas susah payah dia datang dari jauh. Mulanya Azrul menolak tapi saya berkeras meminta Azru mengambilnya,” cerita Puan V.

Rupanya Azrul langsung tidak membuka sampul duit tersebut sehinggalah ketika dia mahu mengisi minyak.

“Apa yang dia buat? Dia datang semula ke rumah saya dengan air mata bergenang.

“Azrul kata pada saya apa yang saya beri itu terlalu banyak melebihi sepatutnya. Dia menangis masa itu.

“Tapi saya beritahu Azrul, apa yang dia buat pada hari ini, nilainya lebih besar daripada jumlah wang tersebut. Tiada ganjaran yang dapat menandingi kebaikan hatinya,” kata Puan V.

Malah kata wanita ini, ibunya yang juga tinggal bersama berasa sangat tersentuh hati dengan sikap Azrul.

Begitulah. Ketika musim pandemik yang entah bila akan berakhir ini, ramai saja yang mementingkan diri sendiri diri.

Namun kita sebagai manusia di muka bumi ini, teruslah berbuat baik tanpa mengira bangsa.

Permudahkan juga urusan orang lain kerana nescaya setiap kebaikan yang dibuat pasti ada ganjarannya yang kita tidak sangka memperolehnya kemudian hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya