Gaduh: Dua penghantar makanan ditahan polis  - Utusan Malaysia

Gaduh: Dua penghantar makanan ditahan polis 

TANGKAP layar rakaman video memaparkan kejadian  yang berlaku di Persiaran Setia Perdana, Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua  penghantar makanan (p-hailing) ditahan polis kerana dipercayai  memukul seorang pemandu lori di Persiaran Setia Perdana, Setia Alam, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dua suspek yang berusia 20 tahun dan 25 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini, kira-kira pukul 2 pagi ini.

“Kita sedang memburu suspek lain yang terlibat dalam pergaduhan tersebut yang berlaku disebabkan kemalangan jalan raya melibatkan pemandu lori berkenaan dengan seorang penghantar makanan. 

“Akibat kemalangan itu, penghantar makanan terbabit patah tangan kanannya dan kini sedang menerima rawatan di zon kuning Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kejadian tersebut dirakam orang awam dan  tular dalam media sosial.

Selain suspek, Baharudin berkata, pihaknya sedang menunggu pemandu lori terbabit untuk membuat laporan polis berhubung kemalangan berkenaan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya