Feri penumpang berlabuh tenggelam - Utusan Malaysia

Feri penumpang berlabuh tenggelam

TANGKAP layar daripada rakaman video kejadian Feri Ekspres Bahagia III yang tenggelam di perairan Kuah, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sebuah feri penumpang Ekspres Bahagia III yang berlabuh di perairan Kuah dekat sini tenggelam, semalam.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd. Hafiz Abdul Majid memberitahu, feri tersebut disedari tenggelam oleh penduduk pada pukul 10 malam.

Menurutnya, difahamkan feri terbabit sudah tidak beroperasi membawa penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah dan Perlis sejak enam tahun lalu.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Hafiz berkata, feri tersebut diperiksa tiga hari lalu dan tidak menunjukkan sebarang masalah.

Tambahnya, nilai kerugian dan punca feri itu tenggelam masih dalam siasatan.

“Pihak JLM juga telah menubuhkan pasukan penyiasat bagi mencari punca kejadian,” jelasnya.

Rakaman video selama satu minit 11 saat mengenai kejadian feri tersebut tenggelam tular di media sosial sejurus selepas kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya