LONDON: England menghampiri saingan kalah mati Euro 2020 selepas terikat tanpa jaringan dengan Scotland di Stadium Wembley, hari ini.
John Stones hampir meletakkan England di hadapan pada separuh masa pertama namun tandukannya terkena palang gol.
England berkongsi empat mata bersama Republik Czech dalam Kumpulan D manakala Scotland berjaya meraih mata pertama dalam kejohanan itu.-AFP