Sterling pastikan England mula langkah kanan - Utusan Malaysia

Sterling pastikan England mula langkah kanan

RAHEEM STERLING rai kemenangan selepas berjaya meledak gol kemenangan pertama England dalam kempen Kumpulan D Euro 2020 menentang Croatia tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: England memulakan kempen Euro 2020 dengan kemenangan apabila menundukkan Croatia 1-0 dalam aksi Kumpulan D di Wembley sebentar tadi.

Bagaimanapun gawang Croatia hanya dapat dibolosi pada separuh masa kedua menerusi  pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling pada minit ke 57.

Sterling bijak memanfaatkan peluang selepas menerima hantaran daripada pemain tengah, Kalvin Philips selepas sembilan kali percubaan dilakukan.

Skuad bimbingan Gareth Southgate bergelut untuk menembusi kubu Croatia sepanjang separuh masa kedua sehinggalah Sterling berjaya memecah kebuntuan untuk menceriakan 18,497 penonton di Wembley.

SEBAHAGIAN penyokong yang hadir di Stadium Wembley, London untuk menonton aksi England menentang Croatia hari ini.

Ini adalah jaringan pertama Sterling, 26, dalam kejohanan utama selepas membuat ke-13 penampilan sama ada di Euro mahu pun Piala Dunia.

Jaringan itu sekali gus membalas kritikan ramai yang sebelum ini mempersoalkan tindakan Southgate membawa masuk pemain itu dalam kesebelasan utama dan mengenepikan Jack Grealish.

Sterling tidak mempunyai hubungan baik dengan penyokong England sejak mempamer aksi hambar dalam Euro 2016, malah tidak mendapat minit permainan yang banyak bersama City.

Kemenangan itu juga membolehkan Three Lions melunaskan dendam atas kekalahan 2-1 kepada Croatia pada separuh akhir Piala Dunia 2018.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya