Empati, fahami orang lain. Kita tak tahu apa mereka lalui – Nazim Othman - Utusan Malaysia

Empati, fahami orang lain. Kita tak tahu apa mereka lalui – Nazim Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon tampan, Nazim Othman, memberi pandangan dan menasihati kepada mereka di luar sana yang mengalami masalah serta tekanan pada ketika ini agar tidak memendam seorang diri.

Pelakon Ratu Ten Pin itu berkata, jika mereka mengalami tekanan di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah lebih baik berkongsi masalah berkenaan kepada seseorang.

“Kita tidak rasa apa yang mereka lalui pada ketika ini. Mungkin kini kita masih lagi selesa, ada simpanan serta boleh hidup bebas tetapi sebaliknya kesusahan mereka tidak boleh digambarkan.

“Jadi untuk orang lain yang rasa tertekan pada situasi kini, lebih baik kita berkongsi masalah itu kepada seseorang. Sekarang, kita tak boleh nak bergantung pada diri sendiri juga.

“Walaupun berkongsi masalah kepada orang tak dikenali pun tidak mengapa asalkan anda bercakap dengan seseorang serta tidak simpan masalah bersendirian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nazim berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual semalam.

Di samping itu, Nazim turut menegaskan kepada orang ramai agar tidak mudah menghakimi mereka yang mengalami tekanan lalu bertindak di luar jangka.

“Kita perlu ada sifat empati, memahami serta jangan menghakimi kepada orang lain kerana kita tidak pernah tahu apa yang mereka lalui.

“Kadangkala, bukan sebab wang dan barangan, tetapi ada seseorang untuk mendengar masalah kita pun dah cukup. Itu lebih penting buat masa sekarang ini. Jadi jika ada orang minta nasihat, saya akan beri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya