Empat negeri kurang guru - Utusan Malaysia

Empat negeri kurang guru

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat negeri iaitu Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak mencatatkan kekosongan guru tertinggi untuk tahun ini sekali gus menyebabkan wujudnya jurang tenaga pengajar hingga menjadi cabaran utama sistem pendidikan negara masa kini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kekurangan itu membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah khususnya dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Pendidikan Agama Islam.

“Bagi sekolah rendah, terdapat lima mata pelajaran mengalami kekurangan guru iaitu Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

“Untuk sekolah menengah pula, lima mata pelajaran terkesan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Justeru Radzi memaklumkan pihaknya melaksanakan kerjasama strategik pengambilan khas guru bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Perkhidmatan (SPP) berkenaan konteks kelulusan khas pengisian jawatan dan persetujuan pelantikan.

Jelasnya, ia membabitkan pengambilan khas guru secara membabitkan 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41 bermula Julai ini.

“Malah satu pendekatan baharu pengambilan guru dilakukan iaitu menerusi kluster opsyen mata pelajaran dan kepelbagaian kaedah pelantikan. Selain itu ia melibatkan kerjasama merangkumi tiga aspek iaitu panel penemuduga, keurusetiaan dan logistik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya