Empat lelaki rentas negeri seludup ketum - Utusan Malaysia

Empat lelaki rentas negeri seludup ketum

SHAMSUDIN Mamat (kanan) menunjukkan sebahagian bungkusan daun ketum yang dirampas di SJR Jerai, Jalan Kupang-Gerik, Kupang, Baling, hari ini. - UTUSAN/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Cubaan empat lelaki menyeludup sebanyak  3,150 kilogram (kg) daun ketum gagal apabila ditahan dalam dua kejadian di Sekatan Jalanraya (SJR) Jerai, Jalan Kupang-Gerik, Kupang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, rampasan pertama melibatkan daun ketum sebanyak 3,000 kg yang dimuatkan dalam sebuah lori yang ditahan di SJR itu pada pukul 12.15 pagi.

Menurutnya, kesemua suspek lelaki itu berusia antara 20 hingga 48 tahun.

“Polis juga menahan pemandu lori tersebut dan dua lagi lelaki yang menaiki lori jenis Nissan itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Baling di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, rampasan kedua pula  dilakukan selepas menahan sebuah kereta jenis Persona yang dipandu seorang  lelaki di SJR yang sama pada pukul 2.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 150 kg daun ketum disembunyikan di bahagian tempat letak barang belakang kereta,” katanya.

Shamsudin menambah, nilai keseluruhan rampasan daun ketum tersebut dianggarkan lebih RM51,000.

Selain itu, menurutnya, kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kupang di sini menghala ke Gerik, Perak.

“Daun ketum yang dirampas itu dipercayai cuba diseludup ke Kelantan,” ujarnya.

Jelasnya, kesemua lelaki itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan narkotik  dan mereka direman selama empat hari mulai hari ini hingga 16 Jun.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujarnya, kesemua suspek itu juga melakukan kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran yang sah dan dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya