Elok pergi mati sahajalah! – Ameng Spring - Utusan Malaysia

Elok pergi mati sahajalah! – Ameng Spring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Ameng meluahkan rasa berang apabila dituduh masih terlibat dengan gejala penagihan dadah ketika sedang membuat persembahan secara langsung menerusi media sosial Facebook Artiste Voice Of Legend (AVOL) Sabtu lepas.

Menerusi perkongsian di entri Instagram Ameng, dia cukup terkilan setelah dirinya menerima komen berbaur fitnah oleh dua warganet menerusi ruangan komen dengan menuduh perlakuannya mengacip gigi ketika menyanyi.

“Ketika membuat persembahan AVOL semalam, ada orang komen negatif yang mengatakan saya masih menghisap dadah, rasanya orang-orang yang bersangka buruk ini elok pergi mati sahajalah!

“Saya juga akan periksa, mungkin dia yang sebenarnya yang menghisap dadah. Oleh itu, rasanya bolehlah saya membuat laporan polis. Kita tengok dan periksa ujian saringan air kecing dia.

“Jadi hati-hati, maaf jika kata-kata saya agak kasar. Namun saya harap kepada mereka yang berfikiran negatif, satu jari tunjuk dekat orang, empat lagi tunjuk kepada kita,” tegasnya.

Susulan itu, pelantun lagu Pesanan Buat Kekasih itu turut membuat satu laporan polis terhadap dua individu tersebut di Balai Polis Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur yang menganggap tuduhan tersebut boleh menjejaskan namanya.

“Saya telah membuat laporan polis tentang anda berdua yang telah mengaibkan serta menfitnah saya di lama media sosial,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya