Eksekutif terima rasuah RM39,000 direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Eksekutif terima rasuah RM39,000 direman tujuh hari

SEORANG eksekutif sebuah syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan kes rasuah. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan seorang eksekutif sebuah syarikat swasta ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM39,000 antara tahun 2018 hingga kini.

Timbalan Pendaftar, A. Karthiyayini menetapkan perintah reman sehingga 28 Jun ini selepas membenarkan permohonan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor pada pukul 3.20 petang semalam atas dakwaan meminta dan menerima rasuah secara bulanan berjumlah RM39,000 daripada beberapa buah syarikat pembersihan.

Menurut sumber, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2018 sehingga tahun ini.

“Perbuatan suspek itu adalah sebagai balasan bagi memastikan syarikat-syarikat terlibat terus mendapat kontrak pembersihan dengan syarikatnya.

“Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya