Eksekutif syarikat terima rasuah RM39,000 ditahan - Utusan Malaysia

Eksekutif syarikat terima rasuah RM39,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang eksekutif sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber, suspek ditahan di pejabat SPRM Selangor pada pukul 3.20 petang atas dakwaan meminta dan menerima rasuah secara bulanan berjumlah RM39,000 daripada beberapa buah syarikat pembersihan.

Katanya, suspek berusia 43 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2018 hingga tahun ini.

“Perbuatan suspek itu adalah sebagai balasan bagi memastikan syarikat-syarikat terlibat terus mendapat kontrak pembersihan dengan syarikatnya.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penangkapan dan kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya