Ego Mbappe sukar dikawal - Utusan Malaysia

Ego Mbappe sukar dikawal

KYLIAN Mbappe meninggalkan hotel penginapan pasukan di Bucharest semalam untuk menjalani latihan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG), Jerome Rothen mengkritik Kylian Mbappe dengan mendakwa ego bintang Perancis itu terlalu besar sehingga memberi masalah kepada pasukan serta jurulatih, Didier Deschamps sepanjang Euro 2020.

Dia percaya, ego pemain berusia 22 tahun itu menjejaskan persembahannya sejak awal pertandingan, dan sehingga kini bintang PSG itu belum meledak sebarang gol.

Mbappe juga terlibat dengan pertelingkahan bersama rakan sepasukan, Olivier Giroud.

Mbappe mengakui sedikit terkesan dengan kenyataan Giroud selepas bintang Chelsea itu berang tidak mendapat bantuan yang diharapkan daripada rakan sepasukannya  itu ketika perlawanan persahabatan bertemu Bulgaria awal bulan ini.

“Tiada masalah jika dia mahu menjadi pemimpin di atas padang, tetapi hakikat bahawa dia sudah melangkaui batas di luar padang menyebabkan saya kurang senang.

“Saya rasa Didier Deschamps tidak mampu mengawalnya dan perkara itu mencetuskan masalah. Lebih mengejutkan apabila dia membenarkan Mbappe melakukan banyak perkara.

“Ia dapat dilihat menerusi persembahannya di atas padang. Mbappe gagal mengharungi kempen cemerlang di Euro.

“Kita mengharapkan dia mempamer aksi lebih baik. Setiap orang merasakan dia antara pemain terbaik di Eropah tetapi prestasinya sekarang kurang memuaskan,” kata Rothen kepada RMC Sport. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya