Dua warganegara Indonesia dipenjara 20 hari - Utusan Malaysia

Dua warganegara Indonesia dipenjara 20 hari

YUVANALIS MAnek (tengah) dan Vinoris Mendonca Amaral dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bekerja di pusat snuker bulan lalu. - UTUSAN/NORLIZAH ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki warganegara Indonesia dipenjara 20 hari selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan bekerja di pusat hiburan snuker ketika
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga minggu lalu.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Vinoris Mendonca Amaral, 27, dan rakannya Yuvanalis Manek, 26, bermula dari tarikh kedua-duanya ditangkap pada 30 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, Vinoris dan Yuvanalis didakwa gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengambil langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit
berjangkit dengan bekerja di premis hiburan snuker.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di di Damansara Jaya di sini pukul 4 petang pada 30 Mei lalu.

Berikutan itu kedua-duanya didapati melanggar Peraturan 9, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Mereka dihukum dibawah Peraturan 17(1) peraturan yang sama yang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukumam ringan kerana mempunyai tanggungan keluarga.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris memohon kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya