Dua sahabat direman dakwaan rogol, menyamar penjawat awam - Utusan Malaysia

Dua sahabat direman dakwaan rogol, menyamar penjawat awam

DUA lelaki (kiri dan tengah) direman lima hari bagi membantu siasatan kes rogol berkumpulan dan menyamar sebagai penjawat awam di Mahkamah Majistret Dungun di Dungun hari ini. - UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Dua sahabat direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita berusia 19 tahun dan menyamar sebagai penjawat awam, pertenagahan bulan lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noradila Ab. Latiff di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber, kedua-kedua suspek berusia 21 tahun dan 28 tahun itu dikatakan menyamar sebagai kakitangan pencegah maksiat dan menahan wanita tersebut bersama teman lelakinya yang berusia 20 tahun di hadapan sebuah rumah tumpangan di Kuala Dungun pada 14 Mei lalu.

Katanya, suspek turut meminta wang tunai RM1,000 untuk menutup kes maksiat yang didakwa dilakukan mangsa.

“Selepas mangsa dan teman lelakinya memberitahu tidak dapat membayar wang yang diminta, kedua-kedua suspek melepaskan lelaki tersebut, bagaimanapun mereka kemudian membawa wanita itu ke sebuah hotel di daerah ini sebelum merogolnya.

“Mangsa yang pada awalnya tidak tahu lokasi yang ingin dibawa suspek menolak, namun terpaksa akur selepas enggan perbuatannya dengan teman lelaki diketahui keluarga,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penangkapan kedua-kedua lelaki itu di Paka, kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya