Dua remaja maut, 3 cedera kemalangan motosikal bertembung kereta - Utusan Malaysia

Dua remaja maut, 3 cedera kemalangan motosikal bertembung kereta

KEADAAN kereta jenis Proton Saga terlibat kemalangan yang meragut nyawa dua remaja di Batu 6, Simpang Empat, Alor Setar, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua remaja maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Batu 6, Simpang Empat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Sukri Mat Akhir berkata, dua remaja yang meninggal itu ialah penunggang motosikal Muhammad Amirul Majid, 24, dan pembonceng, Muhammad Luthfan Mohd. Asrie, 15, selepas bertembung dengan sebuah kereta di tempat kejadian pada pukul 8.05 malam.

Menurutnya, Muhammad Amirul dari Kampung Raja, Simpang Empat adalah kelindan lori dan Muhammad Luthfan dari kampung yang sama masih bersekolah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu dan dua penumpang kereta terbabit yang berusia lingkungan 18 tahun hingga 20 tahun pula luka di tangan, muka dan lutut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang dua mangsa itu bertembung dengan kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya