Dua pemilik kilang dikompaun RM10,000 - Utusan Malaysia

Dua pemilik kilang dikompaun RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua pemilik kilang  dikenakan kompoun sebanyak RM10,000 kerana tidak mengikut syarat pengoperasian yang dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, serbuan pertama melibatkan sebuah kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian di Taman Saga di sini pada pukul 11.50 pagi.

Katanya, pemilik kilang pembungkusan itu ditahan dan dikompaun kerana tidak mengikut syarat operasi yang dibenarkan oleh MITI.

“Kompaun itu dikeluarkan mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, seorang pekerja warga Myanmar juga ditahan kerana tidak mengimbas aplikasi MySejahtera ketika masuk bekerja di kilang itu.

“Warga Myanmar itu disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan/Peraturan PPDPPB,” ujarnya.

Selain itu, Adzli memberitahu, serbuan kedua pula dilakukan di kilang pembuatan peralatan dan pakaian renang di Taman Cendana di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Jelasnya, kilang tersebut juga dikompaun selepas didapati melakukan kesalahan yang sama.

“Pemilik kilang itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Kuala Muda dan dikompaun RM10,000 kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Kompaun itu dikeluarkan mengikut Peraturan 16 PPDPPB 2021,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya