Dua pemegang kad UNHCR didenda RM1,500 tidak pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Dua pemegang kad UNHCR didenda RM1,500 tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Gara-gara tidak memakai pelitup muka di tempat awam, dua lelaki warganegara Pakistan masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kedua-dua tertuduh, Abdul Qayyum, 31, dan Zahid Mehmood, 23, merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman denda itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.

Sekiranya denda itu gagal dibayar, kedua-duanya boleh dipenjara selama tiga bulan dan mereka membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia agar memakai
pelitup muka.

Kedua-duanya melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kilang, Taman Sri Batu Caves di sini pukul 6.30 petang pada 19 Jun lalu.

Mereka didapati melanggar Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan boleh dihukum di bawah Peraturan 17.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

Hujah beliau, virus Covid-19 kini bersifat sporadik dan boleh tersebar melalui udara yang mana jadi perbuatan tidak memakai pelitup muka mengundang bahaya pada diri sendiri dan orang lain.

Bagaimanapun, peguam Azman Abdullah yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengurangkan denda atas alasan kedua-dua anak guamnya tidak bekerja dan mempunyai tanggungan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya