Dua pemain Poland cipta sejarah ditimpa nasib 'malang'

Dua pemain Poland ditimpa nasib ‘malang’

PENJAGA gol Poland, Wojciech Szczesny terduduk dan hanya mampu memerhati sahaja bola masuk ke gawang buat kali kedua ketika menentang Slovakia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ST. PETERSBURG: Dua pemain Poland, Wojciech Szczesny dan Grzegorz Krychowiak mencipta sejarah malang sewaktu tewas 1-2 kepada Slovakia pada aksi Kumpulan E Euro 2020 di Stadium Krestosvky, semalam.

Szczesny memahat namanya dalam sejarah penganjuran Euro selepas muncul penjaga gol pertama yang menjaringkan gol sendiri ketika aksi tersebut baru berlangsung selama 18 minit.

Krychowiak pula menjadi pemain pertama pada kempen Euro 2020 menerima layangan kad merah daripada pengadil Romania, Ovidiu Hategan selepas mengutip dua kad kuning pada minit ke-22 dan 62.

Dua situasi itu dilihat sebagai punca utama kekalahan Poland yang menyamakan kedudukan menerusi Karol Linetty sebelum Slovakia bangkit memenangi per­lawanan menerusi Milan Skri­niar tujuh minit selepas Krychowiak dibuang padang.

Dalam pada itu, pengendali Slovakia Stefan memuji usaha Slovakia dalam ‘meneutralkan’ Robert Lewandowski yang dianggap sebagai kunci kejayaan pasukannya meraih kemena­ngan.

“Saya berasakan seluruh pa­sukan bermain dengan baik, kami bersedia menghadapi secara Poland dan Lewandowski merupakan pemain penting bagi mereka.

“(Milan) Skriniar secara pe­ri­badi tidak mengawal Lewan­dowski tetapi dia berjaya me­lakukan tugas dengan baik ketika bertahan, sekali gus berjaya meneutralkan penyerang berbisa itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya