Dua maut, tiga parah van bawa pengawal keselamatan terbalik

Dua maut, tiga parah van bawa pengawal keselamatan terbalik

KEADAAN van dinaiki sembilan penumpang warganegara Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas kemalangan di Jalan Stulang Laut, Johor Bahru, Johor. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua maut manakala tiga parah apabila van dinaiki sembilan penumpang terbalik dalam kemalangan di Jalan Stulang Laut menghala ke bandar raya berhampiran sebuah hospital swasta, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.40 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu van dan penumpang hadapan warganegara Nepal yang merupakan pengawal keselamatan.

Manakala tiga lagi pengawal keselamatan berasal dari negara tersebut yang turut berada dalam van jenis Toyota Hiace itu parah akibat kemalangan terbabit.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Mohd. Suhaimi Abd. Jamal berkata, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.45 pagi.

“Tiga jentera bersama 12 anggota BBP Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian dan sejurus sampai benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah van jenis Toyota Hiace.

“Kemalangan itu melibatkan 10 orang mangsa yang mana seorang pemandu warga tempatan dan sembilan lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, kesemuanya warga Nepal.

“Lima lagi penumpang didapati mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Bagaimanapaun, identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini.

Sementara itu, Mohd. Suhaimi berkata, laporan awal mendapati van itu dalam perjalanan dari arah Jalan Stulang Laut menuju ke pusat bandar raya.

Katanya, sejurus tiba di tempat kejadian pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terbalik.

Ujarnya, kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan kecemasan manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya