Dua lelaki maut kereta terjunam masuk parit - Utusan Malaysia

 Dua lelaki maut kereta terjunam masuk parit

KEADAAN kereta yang terjunam ke dalam parit di selekoh Kem Bina Negara, Tanjung Rhu, dekat Sepang, Selangor. - IHSAN IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam parit di selekoh Kem Bina Negara, Tanjung Rhu, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu,  kedua-dua mangsa  M. Sathish Kumar, 29, dan S. Pubalan, 28, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian berlaku kereta jenis Proton Perdana yang dipandu oleh Sathish Kumar dalam perjalanan dari arah Sungai Pelek menghala ke Banting. 

“Bagaimanapun, kereta tersebut telah hilang kawalan apabila melalui satu selekoh dan terus terbabas masuk ke laluan bertentangan. 

“Akibatnya, kereta itu telah terjunam ke dalam parit besar di tepi jalan sebelah kanan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dan juga seorang lagi penumpang disahkan maut di tempat kejadian. 

“Mayat kemudiannya telah dibawa ke bahagian forensik Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat,” katanya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, ” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya