Dr. M  bimbang vaksin tidak cukup - Utusan Malaysia

Dr. M  bimbang vaksin tidak cukup

DR. MAHATHIR Mohamad beramah mesra dengan penduduk yang menerima suntikan vaksin ketika meninjau program suntikan vaksin di Dewan As-Syifa, Padang Matsirat, Langkawi, Kedah, hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan bekalan vaksin untuk penduduk di pulau ini tidak mencukupi bagi mencapai sasaran 80 peratus penduduk menerima suntikan vaksin dalam tempoh tiga bulan ini.

Menurut beliau, jumlah sasaran penduduk divaksin itu perlu dicapai bagi memastikan pintu pelancong di pulau ini dapat dibuka semula pada November ini.

“Syaratnya kita dapat (bekalan) vaksin, kalau tak ada vaksin, macam mana kita buat pun, tak boleh suntik,” katanya  selepas meninjau program suntikan vaksin di Dewan As-Syifa, Padang Matsirat di sini, hari ini. 

Dr. Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, merealisasikan usaha itu, sebanyak dua pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka iaitu Dewan As-Syifa, Padang Matsirat dan Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi di Kuah di sini.

“Program Outreach Imunisasi Covid-19 juga diadakan di Pulau Tuba, di sini bagi memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan itu mendapatkan suntikan vaksin,” ujarnya.

Beliau memberitahu, jumlah keseluruhan penduduk yang layak menerima vaksin ialah seramai 76,400 orang.

Setakat ini, tambahnya, mereka yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pula seramai 53,800 orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 21,445 orang atau 28 peratus telah menerima suntikan dos pertama dan 10,501 orang atau 14 peratus pula dos kedua. 

“Jumlah penduduk yang belum disuntik vaksin pula seramai 54,955 orang atau 32 peratus,” katanya

Beliau menambah, pada masa ini, secara peruta sebanyak 1,200 orang di pulau ini menerima suntikan vaksin. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya