Dolla lancar program bantuan Live To Give - Utusan Malaysia

Dolla lancar program bantuan Live To Give

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Melihat masih ramai yang terjejas akibat situasi semasa pandemik Covid-19 yang masih berlarutan, kumpulan Dolla bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The Giving Bank  dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Menurut wakil anggota Dolla, Sabronzo, projek yang dikenali sebagai Live to Give, The Giving Bank X Dolla itu adalah kempen amal di mana dia, Tabby, Syasya dan Angel membantu mempromosikan tujuan program itu dijalankan bagi mencari empat individu yang memerlukan.

“Kami sangat gembira apabila dipilih pihak The Giving Bank untuk berkolaborasi dalam projek ini. Saya rasa ini sesuatu yang bagus yang mana masih ramai golongan memerlukan dalam keadaan negara kita yang masih dilanda penularan Covid-19.

“Bagi Dolla sendiri, ini adalah waktu tepat buat kami membantu mereka yang kurang bernasib baik tambahan pula, kami tak selalu dapat peluang seperti ini. Jadi, kesempatan yang ada ini bakal digunakan sebaik mungkin.

“Sekurang-kurangnya dengan usaha yang dijalankan ini ia dapat membantu dan mengubah nasib mereka. Platform yang disediakan pihak The Giving Bank ini pastinya sangat bermanfaat untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Selain itu, menurut Sabronzo, Dolla mengajak peminat dan orang ramai untuk bersama-sama mereka mengenal pasti dan membantu golongan yang memerlukan.

“Kami mencari empat individu yang layak menerima bantuan. Cuma, kami memerlukan kerjasama peminat dan orang ramai untuk pergi ke ruangan komen dalam Instagram dan memberikan informasi mana-mana individu yang mereka tahu sedang memerlukan bantuan.

“Dari situ, mungkin pengguna laman sosial lain yang ingin turut serta dengan kami dalam program ini dapat menghulurkan bantuan. Jadi, semakin ramai mereka yang memerlukan dapat diberikan bantuan,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menyertai usaha murni ini, terdapat empat cara mudah untuk berbuat demikian.

Langkah pertama adalah dengan mengikuti Instagram The Giving Bank dan tekan butang ‘like’ pada hantaran atau ‘posting’ dimuat naik.

Kemudian, berikan nama individu yang anda rasakan layak menerima bantuan dan terakhir, kongsikan hantaran dimuat naik itu di Instagram Story anda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya